1. Apa itu Kaki Bola Clash (KBC)?

Kaki Bola Clash (KBC) ialah sebuah kejohanan offline FIFA Online 3 yang diadakan dua minggu sekali di negeri-negeri tertentu di Malaysia! Sertai kejohanan offline ini untuk memenangi wang tunai dan juga EP. Berkenalan dengan lebih banyak lagi pemain FO3 dalam negeri anda. Kaki Bola Clash juga merupakan platform mencari pemain-pemain FO3 yang terhebat dari setiap negeri untuk bertanding di National Championship (NC) di mana wang berjumlah RM 40 000 menanti!


2.  Apa itu Kaki Bangku Clash (KBK)?

- Sama seperti Kaki Bola Clash, Kaki Bangku Clash ialah sebuah kejohanan offline FIFA Online 3 yang diadakan setiap minggu di dalam negeri-negeri tertentu di Malaysia. Perbezaannya ialah kejohanan ini hanya terbuka untuk pemain-pemain baru (amatur) yang mahu mencuba kemahiran mereka. Tiada Hall of Fame untuk mengira markah anda. Kaki Bangku Clash adalah mudah; daftar, hadir dan main. 


3. Bilakah pertandingan-pertandingan ini diadakan?

Kaki Bola Clash dan Kaki Bangku Clash diadakan pada setiap hujung minggu. Pertandingan biasanya diadakan pada 12:00 PM - 4:00 PM.  Masa pertandingan mungkin berubah daripada masa ke semasa.


4. Di mana boleh saya ketahui semua acara di negeri saya?

- Klik negeri anda di peta KBC dalam halaman ini dan klik "more" untuk link ke FB Events Page & "Location" untuk Google Map tempat pertandingan.

-Cari pertandingan melalui laman FB negeri anda :  http://kakibolaclash.fo3.garena.com/community (Sertai komuniti FO3 di negeri anda!)


5. Bagaimana untuk mencari CC KBC?

- Alamat untuk setiap acara diletakkan di dalam FB Event post. Anda boleh melihat semua acara kami yang dikemaskini setiap minggu di sini


6.   Di mana boleh saya daftar?

Pergi ke dalam event post individu dalam seksyen Event di Facebook. Anda boleh menjumpai Link Google Form Registration di sana.


7. Ada yuran pendaftaran?

-  Tidak, tiada pembayaran diperlukan dan penggunakan komputer juga adalah percuma.


8.  Ada had umur?

Sesiapa yang ada akaun FIFA Online 3 boleh sertai - Tiada had umur/ manager level/ squad value/ kaum/ agama/ jantina.


 9. Bolehkah saya sertai Kaki Bola Clash dengan 2 akaun ?

-   Tidak, hanya satu akaun dibenarkan.

 

10.  Di mana boleh saya melihat bracket KBC?

-      Bracket akan dibuat pada hari acara itu tersebut. Community Referee akan membuat bracket dengan semua nama-nama yang telah didaftar untuk acara itu dan URL Challonge itu akan diberikan kepada semua peserta. Anda juga boleh menyemak Facebook Post pertandingan yagn anda sertai untuk link Bracket.

 

11.  Jika saya menang, bilakah akan saya dapat hadiah saya?

-      Semua pemenang Kaki Bola Clash akan mendapat hadiah wang tunai mereka pada hari pertandingan itu diadakan. FO3 Cash akan diberikan dalam masa seminggu selepas pertandingan berakhir.

 

12. Ada apa-apa yang diberikan semasa KBC dan KBK?

-      Semua peserta akan mendapat 5 000 000 EP & dan terdapat 30 000 000 EP juga untuk cabutan bertuah! CR juga akan memberikan hadiah-hadiah lain daripada masa ke semasa.

 

13. Siapakah Community Referee ?

-      Community Referee ialah pengelola bagi setiap acara KBC atau KBK.

 

14. Bolehkah saya menjadi CR?

-      Jika anda berumur 18 tahun ke atas & berminat untuk menjadi CR, anda boleh mohon di sini: 

        - KL/Selangor : https://goo.gl/5XF4sh

        - Johor/Perak : https://goo.gl/QAkd9t

        - Kedah/Penang/Perlis : https://goo.gl/0NSkgH

        - Terengganu/Pahang/Negeri Sembilan/Kelantan : https://goo.gl/uXAEkW

-  CR dibayar RM60 untuk Silver Bracket (23 peserta ke bawah), dan RM100 untuk Gold Bracket (24 - 32 peserta).

 

15.  Bolehkah saya menyertai KBC di 2 negeri?

-      Anda dilarang untuk menyertai lebih dari 2 negeri bagi Kaki Bola Clash. Bagi yang berbuat demikian, anda dilarang untuk menyertai National Championship dan juga dilarang untuk menyertai KBC musim itu.

 

16. Saya pemilik sebuah CC. Saya mahu KBC dan KBC+ diadakan di CC saya. Siapakah perlu saya hubungi?

-   Anda boleh hubungi GM Don di nazirul@garena.com